..:: POPULAR POST ::..

Posted by : ISRAK 16 Jan 2014


Seorang lelaki tersadai di pinggir sebuah pulau. Dia satu-satunya mangsa kapal karam yg terselamat dan masih hidup. Apabila menyedari bahawa hanya dia seorang diri di pulau kecil dan terpencil itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya.

Di samping itu, dia tidak putus-putus meninjau laut yg bagai tidak berpenghujung itu dgn harapan ada kapal yang lalu dan dapat menyelamatkan...nya. Namun, segala harapannya tinggal harapan.

Akhirnya, lelaki itu membina pondok kecil di tepi pantai sebagai tempat berteduh daripada terik matahari dan berlindung daripada dingin bayu malam.

Suatu hari, dia meredah hutan untuk mencari sumber makanan. Sebaik pulang, dia mendapati pondoknya terbakar hangus. Tiada apa yang tinggal kecuali abu hitam dan asap berkepul-kepul naik ke langit.

Lelaki tersebut terduduk. Merenung nasibnya yang malang, dia mula mempersoalkan takdir malang yang menimpa. “Kenapa lah nasib aku begitu malang sekali? Kenapalah Allah uji aku sampai ke tahap ni? Mengapa aku?”

Petang itu, sedang dia berehat di bawah sepohon kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke arah pulau itu. Sehabis tenaga dia menjerit-jerit sambil melambai-lambai. Pengemudi kapal nampak akan kehadairannya di pulau itu. Jelaslah kapal itu sedang menuju ke pulau itu.

Akhirnya, lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal serta diberi makanan serta minuman. Namun, dia berasa hairan bagaimana pengemudi kapal itu tahu dia berada di pulau itu.

Dia bertanya kepada pengemudi itu:
"Macam mana tuan tahu ada orang tersadai di pulau tu?"

Pengemudi itu menjawab:
"Kami ternampak asap dari pulau ini. Sebab itu kami menukar arah ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan di sini."

P/s : Jangan sesekali mempersoalkan apa yang Allah telah tetapkan untuk kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ni, merupakan sesuatu yg memberi kita keuntungan di kemudian hari. Jangan kita cepat mengeluh bila ditimpa sesuatu dugaan. Bersabar dan berdoalah. Contohi Nabi junjungan kita, baginda tidak pernah mengeluh sedangkan dugaan baginda lagi dasyat daripada kita..

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © ISRAK CFSIIUM - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan - Redesign by Afiq Mahfuz -