..:: POPULAR POST ::..

Showing posts with label ISLAMIC PHOTO. Show all posts

BERSAMA SIAPA KITA DI AKHIRAT?

By : ISRAK

Dari Anas radhiyallahu’anhu bahwa dulu ada seorang lelaki yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai hari kiamat. Dia berkata, “bilakah hari kiamat tiba?”. Nabi bersabda, “Apa yang sudah kamu persiapkan untuk menyambutnya?”. Dia menjawab, “Tidak ada melainkan hanya saya mencintai Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.” Maka Nabi bersabda, “Kamu kelak akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”

Anas pun mengatakan, “Tidaklah kami pernah merasa gembira melebihi kegembiraan kami ketika mendengar sabda beliau, ‘Anta ma’a man ahbabta. Kamu kelak akan bersama dengan orang yang kamu cintai’.” Maka Anas mengatakan,”Kalau begitu aku mencintai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Abu Bakar, dan Umar. Dan aku berharap agar kelak bisa bersama mereka dengan kecintaanku kepada mereka meskipun aku tidak bisa beramal seperti amal-amal mereka.”

[H.R Bukhari]

Kita pula bagaimana?


Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kecintaan kita ini kepada Rasulullah SAW. Antaranya dengan memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW.

“ Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya selawat pada Nabi. Hai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya”
(Surah al-Ahzab :: 56)


MASA ITU UMPAMA PEDANG :)

By : ISRAK

Kata Sayidina Ali R.A 'Masa itu umpama pedang jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu'

Pernah dengar kisah balang dan batu?

Apabila diisi balang itu dengan pasir kecil hingga penuh, maka tiada tinggal lagi ruang batu besar untuk masuk.

Andai diisi terlebih dahulu balang itu dengan batu besar, masih punya ruang untuk batu kerikil, pasir bahkan air untuk memenuhi setiap ruang balang tersebut.

Begitu jugak hidup kan? Jika diisi akan dengan perkara-perkara remeh dahulu (main fb, game, sembang kosong, berkhayal etc.), takut-takut keutamaan kita tak dapat dilaksanakan sebaiknya.

Tapi, jika terlebih dahulu kita selesaikan prioriti hidup (hamba Tuhan, pelajar, da'ie, anak, sahabat etc.) insyaAllah masih punya peluang untuk diisi dengan hal-hal kecil yang mewarnai hati.

Prioriti,
Kenali diri.
Kerana syurgawi,
Juga liLlahi.

InsyaAllah. :)

---
Tak cukup masa?
Eh, kejap.
..

Tak cukup ke tak pandai urus masa?

Errk... Bersama audit diri :)

AL-QUR'AN DUSTURUNA :)

By : ISRAK
"...dan bacalah Al-quran itu secara tartil..."
Surah Muzammil:4

Khalifah Umar pernah menyatakan terdapat 3 tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya iaitu:

1) memberikan nama yang baik
2) mengajarkan mengaji
3) mencarikan ibu yang baik untuknya



Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: Hai Tuhanku, aku menegahnya daripada makan dan syahwat pada siang hari. Maka berilah syafaatku padanya. Al-Quran pula berkata: Tuhanku, aku tegahkannya daripada tidur malam, maka berilah syafaat kepadaku padanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat." (riwayat Ahmad dengan sanad sahih)

Belajar membaca quran dapat dikategori menjadi beberapa tingkat:
1. belajar sampai baik dan lancar kaedah-kaedah yang berlaku dalam qiraat dan tajwid
2. belajar tafsir dan maksud yang terkandung di dalamnya,
3. dan tingkatan yang terakhir adalah menghafalnya.

Kenapa kita baca Al-Quran walau x faham maksudnya ?

Ada satu hari seorang anak bertanya kepada ayahnya,
"Ayah, kenapa kita baca ayat al-Quran walau kita tak faham maksudnya?"

Lalu si ayah menyuruh anaknya itu mengambil raga dia bawah rumah yang sebelum ini digunakan untuk menyimpan arang...

Lalu si ayah menyuruh anaknya itu berlari ke sungai untuk mengambil air lalu bawa air itu kembali...

Si anak pun pergi ke sungai untuk mengambil air, oleh kerana raga jenis yang tidak menakung air maka air itu keluar ikut celah raga sehinggalah sampai di depan ayahnya ditunjukkan raga yang kosong itu...

Si anak menjawab,
"Air itu keluar ikut celah raga tiada gunanya kita ambil air guna raga"

Si ayah menyuruh si anak melakukan semula untuk beberapa kali...
selepas itu si ayah menyuruh si anak berhenti...

Lalu si ayah berkata "Lihat mengambil air menggunakan raga ini sebenarnya tidak sia-sia kerana lihatlah raga yang sebelum ini kotor telah bersih walau kita tidak mendapat hasilnya"

Samalah seperti ayat Al-Quran walaupun kita membacanya tanpa pengertian tapi ia dapat mencuci hati kita yang kotor... tetapi alangkah baiknya jika mengerti ayat-ayat tersebut..



Belajar berkaitan Al-Isti’azah yakni kalimah ‘a’uzubillah hi minasy syaitonirrojim’ berdasarkan Kitab Al-Munir(kitab tajwid).

Bagaimana cara untuk membaca kalimah ini bersama kalimah basmalah;’bismillah hirrohma nirrohim’ di awal surah?? Kita ada 3 item di sini. Yang pertama,kalimah isti’azah.. kedua,kalimah basmalah.. ketiga,surah. Maka dengan ini diisytiharkan cara-caranya ;) iaitu:

1-قطع الجميع : Membaca isti’azah, membaca basmalah, membaca surah

2-وصل الجميع : Membaca isti’azah, basmalah, dan surah (secara bersambung dengan satu nafas..fewh :) )

3-قطع الأول,و وصل الثاني بالثالث : Membaca isti’azah, membaca basmalah dan surah

4-وصل الأول بالثاني,و قطع الثاني عن الثالث : Membaca isti’azah dan basmalah, membaca surah

- Copyright © ISRAK CFSIIUM - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan - Redesign by Afiq Mahfuz -